TENTANG KAMI

OnTheGo
OnTheGo F&B Industry Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan semangat untuk membawa produk makanan & minuman yang sihat, premium, dan mudah didapati oleh semua. Bermula dengan siri seasoning tanpa kalori dan kini berkembang kepada OnTheGo Pure Protein Plus+, jenama ini menggabungkan kualiti bahan antarabangsa dengan citarasa tempatan. Kami percaya bahawa pemakanan berkualiti tinggi tidak sepatutnya rumit – ia mesti praktikal, berkhasiat, dan mampu membantu komuniti mencapai gaya hidup sihat.
Visi
Menjadi jenama F&B tempatan bertaraf antarabangsa yang dikenali kerana kualiti,
inovasi, dan keberkesanan produk serta menjadi pilihan utama komuniti fitness,
kesihatan, dan keluarga moden.
Misi
01
Menghasilkan produk nutrisi dan makanan yang premium, selamat, dan telus
dari segi ramuan.
02
Memberi peluang kepada rakan niaga, atlet, dan komuniti untuk berkembang bersama melalui kolaborasi dan sokongan strategik.
03
Membina komuniti yang mengutamakan gaya hidup sihat, aktif, dan berdaya tahan.
04
Mengangkat jenama tempatan ke pentas global dengan standard pengeluaran dan pemasaran bertaraf dunia.

Pengasas & Co-Founder
Arieff Abas & Emuff Dhiya menubuhkan OnTheGo dengan gabungan kepakaran dalam
bisnes, pemasaran, dan R&D produk nutrisi. Dengan pengalaman luas dalam
membangunkan jenama, operasi F&B, serta rangkaian logistik dan pengedaran, mereka
membawa visi untuk melahirkan produk tempatan yang mampu bersaing dengan
jenama antarabangsa.
Kejayaan
Pencapaian jualan 6 angka dalam masa beberapa jam selepas pelancaran produk protein pertama.
1,000+ order sehari secara konsisten melalui platform TikTok Shop, dengan sokongan komuniti organik & affiliate.
Kolaborasi bersama atlet dan ikon fitness tempatan serta menjadi penaja utama acara sukan berprestij seperti Malek Noor Enrich Classic 2025.
Perluasan pasaran serantau dengan pengedar di Brunei, Indonesia, dan perbincangan aktif ke pasaran Asia Tenggara.
Sedang membangunkan pusat gudang & fulfilment sendiri, bersedia untuk menampung ribuan tempahan harian dengan sistem operasi bertaraf industri.